Tuesday, January 4, 2011

Sains Fiksyen Tahun Baru

2042

Ternyata ramalan movie “Back To The Future” adalah benar belaka. Kereta terbang dan hover board akhirnya berjaya diciptakan walaupun terlewat beberapa tahun.

Air Asia payah cari makan. MAS dah lama jual kapalterbangnya. Kereta terbang Proton model terbaru, model Mahathir facelift, penuh di KLIA. Bukan mendarat! Hantar orang pegi haji. Aku pun tak faham apesal tak pegi je naik kereta. Kan dah boleh terbang!?

Disember lepas, pasukan bolasepak Malaysia menang world cup menewaskan Guatemala. Goalkeeper guatemala mati-mati tuduh Malaysia main tipu. UV light berfrekuensi tinggi disuluh-suluh dimata, katanya.

Entahla.

Perdana menteri Malaysia yang juga goalie pasukan kebangsaan, umumkan hari jumaat adalah cuti umum bagi tahun 2042, tapi hari ahad kena kerja la tapi. Semua pemain dianugerahkan pelantar minyak sorang satu sebab tanah dah habis bagi kat player lawn bowl tahun-tahun lepas.

Argghh… ape merepek ni. Selamat tahun baru 2011 jelah!

No comments: